PAUTAN PENTING!!!




Notis terkini SAPS : Semua guru diminta untuk mengisi markah peperiksaan. Sila rujuk dengan SUP


Jadual Peperiksaan PMR 2 2012 (Akan Datang)

Jadual Peperiksaan SPM 2 2012
(Akan Datang)

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2012 (Akan Datang)

Monday, April 9, 2012

e-Filing ( Lapor Cukai Tahunan Anda )

Cukai Pendapatan (e-Filing)

Semua rakan guru dan staf SMK Tinggi Sarikei, jangan lupa lapor pendapatan anda bagi pendapatan tahun lepas (2011) melalui e-Filing. Tarikh akhir (tutup) untuk berbuat demikian adalah pada 30 April 2012.
Gunakan "Login e-Borang" atau klik ikon e-Hasil di sebelah kanan.

Terima kasih.

Monday, December 12, 2011

Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Semua staf adalah dimaklumkan bahawa taklimat mengenai Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diadakan pada 27 Disember 2012, Selasa. Kehadiran adalah wajib bagi semua. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah dinasihatkan melayari laman web Jabatan Perkhidmatan Awam untuk maklumat dan keterangan lanjut.

Sila ambil perhatian juga mengenai pekeliling-pekeliling dan Borang-Borang Opsyen berikut:

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2011 (Umum),
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13/2011 (Guru), dan
Borang-Borang Opsyen.

Salam 1 Malaysia, dan
Terima kasih.

Friday, November 25, 2011

Guru baru sesi 2012

25.11.2011, Jumaat.
Seramai tiga orang guru akan berpindah ke STS dan akan mula bertugas pada 01.01.2012. Guru-guru yang dimaksudkan adalah:

Pn. Wong Leh Fong, pengkhususan Sastera dengan pendidikan (Sejarah). Beliau adalah Guru Akademik Biasa gred DG41. Sebelum ini beliau bertugas di SMK Deshon, Jalan Sena, Jalan Pedada, 96000 Sibu, Sarawak.

Pn. Wong Leh Fong


Cik Wong Siew Kee, pengkhususan Matematik/Pengajian Matematik (Matematik). Beliau adalah Guru Akademik Biasa gred DG41. Sebelum ini beliau bertugas di SMK Marudi, 98050 Baram, Sarawak.

Cik Wong Siew Kee


Pn. Ting Ying Ying, pengkhususan TESL (TESL). Beliau adalah Guru Akademik Biasa gred DG41. Sebelum ini beliau bertugas di SMK Merbau, Lot 6410, Blok 10, Kuala Baram Land District, 98100 Miri, Sarawak.

Pn. Ting Ying Ying

Perpindahan Guru Tahun 2011

25.11.2011, Perpindahan guru Tahun 2011.
Dua orang guru diluluskan permohonan perpindahan mereka. Cikgu Anuar Bin Mat yang telah berkhidmat selama 4 tahun lebih akan berpindah ke SMK Jalan Paser Putih, Jalan Paser Putih, 31650 Ipoh, Perak. Sementara itu, Cikgu Tan Hui Lee pula yang telah berkhidmat lebihkurang 7 tahun, akan berpindah ke SMK Padungan, Jalan Tan Sri Datuk William Tan, 93450 Kuching, Sarawak. Pengetua, pihak pengurusan/pentadbiran sekolah dan semua warga sekolah ingin merakam ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas jasa dan sumbangan kedua-dua guru berkenaan dalam mendidik para pelajar dalam mata pelajaran Sains, Sejarah, KHB-PK, Pendidikan Moral (Cikgu Anuar) dan mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik dan Sains (Cikgu Tan Hui Lee). Semoga cikgu-cikgu akan meneruskan perjuangan dan menaburkan jasa dan bakti di sekolah yang baru nanti dan beroleh kesihatan dan kejayaan dalam hidup serta kerjaya sebagai seorang guru. Terima kasih cikgu.

Cikgu Anuar B. Mat / Anak Perak

Cikgu Tan Hui Lee

Pendaftaran Pelajar Baru T1 dan Peralihan Tahun 2012

19.11.2011, Sabtu - Dewan Besar STS
Pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1 dan Tingkatan Peralihan diadakan. Ibubapa data seawal jam 6:15 pagi. Tuan Pengetua, En. Liong Shou Chuan telah mengalu-alukan kehadiran para pelajar baru serta ibu bapa mereka dan seterusnya menyampaikan taklimat khas kepada mereka. Beliau telah menarik perhatian para ibubapa dan pelajar tentang betapa pentingnya penglibatan dan komitmen mereka dalam kecemerlangan akademik, kokurikulum, pembangunan sahsiah pelajar dan peranan PIBG sebagai saluran bicara antara Ibubapa dan guru. Seramai 211 orang pelajar diiringi oleh ibubapa atau penjaga mereka mendaftar sebagai pelajar baru pada pagi berkenaan.

Para pelajar baru bersama ibubapa mereka, dengar taklimat daripada Tuan Pengetua, En. Liong Shou Chuan.

Suasana semasa sesi taklimat oleh Tuan Pengetua.

Taklimat oleh Tuan Pengetua, En. Liong Shou Chuan.

En. Tiong King Yu dan En. Ngu Cheng Soon sedang beurusan dengan para ibubapa pelajar

Pn. Ting Leh Swee, Cik Murni dan Pn. Sarimah sedang bertugas.

Pn. Wong Chung Mee dan En. Wong Siong Ning sedang bertugas

Cik Huong Ai Jin dan Pn. Chen Mei Chee sedang bertugas

Suasana dalam dewan semasa pendaftaran


Pengawas berehat selepas tugas selesai

Saturday, November 19, 2011

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012 Sekolah-Sekolah Kawasan Parlimen P.208

 18 November 2011, Jumaat, SMK Tinggi Sarikei - Satu Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012 Sekolah-Sekolah bagi kawasan Parlimen P.208, Sarikei telah diadakan di Dewan Besar SMK Tinggi Sarikei. Majlis yang berlangsung pada jam 2.00 petang itu dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Daerah Sarikei dan disempurnakan oleh YB Tuan Ding Kuong Hiing, Ahli Parlimen P.208, Kawasan Sarikei. Sebanyak 3 buah sekolah memengah dan 25 buah sekolah rendah menerima bantuan berkenaan secara simbolik daripada YB Tuan Ding Kuong Hiing. Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan adalah pemimpin-pemimpin masyarakat Sarikei, para Pengetua sekolah menengah, para Guru Besar sekolah rendah dan YDP PIBG sekolah masing-masing, para ibubapa pelajar, para pelajar dan pemberita-pemberita. Dianggarkan lebihkurang 1,150 orang telah hadir pada majlis berkenaan. Majlis dimulakan dengan nyanyian Negaraku, diikuti dengan ucapan aluan Tuan PPD Sarikei yang turut menyentuh beberapa perkara berkaitan pendidikan. Kemudian YB Tuan Ding Kuong Hiing berucap dengan menyentuh keperihatinan Kerajaan terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama sekali para ibubapa pelajar. Ini sejajar dengan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Majlis kemudian diteruskan dengan penyerahan secara simbolik bantuan kerajaan kepada semua wakil sekolah oleh YB. Dengan bantuan ini, semua pelajar dari Darjah 1 hingga Darjah 6 dan semua pelajar dari T1 hingga T5 tahun 2012 akan menerima bantuan RM100 seorang. Majlis berakhir dengan pemyampaian cenderamata kepada YB oleh Tuan PPD Sarikei dan diikuti dengan nyanyian Ibu PertiwiKu. Sebelum bersurai, para tetamu majlis dijamu dengan makanan dan minuman di ruang legar kantin sekolah.



Ketibaan YB Tuan Ding Kuong Hiing diiringi Tuan PPD Sarikei

Ucapan Aluan Tuan PPD Sarikei

Ucapan YB Tuan Ding Kuong Hiing

En. Simon Seo, YDP PIBG SMK Tinggi Sarikei menerima bantuan bagi pihak sekolah.

 Gambar-Gambar sempat dirakam pada majlis berkenaan





 


Saturday, November 12, 2011

Kursus Penolong Kanan dan Guru Kanan Sekolah Menengah Bahagian Sarikei 2011

Satu Kursus Penolong Kanan dan Guru Kanan Sekolah Menengah Bahagian Sarikei 2011 telah diadakan dengan jayanya pada 12 November 2011 bermula jam 1.30 pagi bertempat di Dewan Kuliah SMK Tinggi Sarikei. Kursus ini dianjurkan oleh Persatuan Pengetua Sekolah Menengah  Bahagian Sarikei, Sarawak dan dihoskan oleh Pengerusi Persatuan merangkap Pengetua SMK Tinggi Sarikei. Kursus ini telah dihadiri oleh guru-guru penolong kanan dan guru-guru kanan dari semua sekolah menengah di bahagian Sarikei.

Kursus telah dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen Sarikei, YB Tuan Ding Kuong Hiing. Terima kasih YB kerana kesudian untuk merasmikan kursus ini.

Kursus ini diadakan sebagai satu sesi perkongsian ilmu di dalam memantapkan lagi prestasi sekolah-sekolah menengah di bahagian Sarikei.

Antara slot kursus yang dijalankan bertajuk Peranan Penolong Kanan dan Ketua Bidang dalam merealisasikan visi sekolah oleh Pengetua SMK Tong Hua, Encik Tan Kim Hock, Jaringan Penolong Kanan dan Ketua Bidang oleh Pengetua SMK Luar Bandar Sibu, En. Tan Hock Sang dan bengkel Penolong kanan / ketua bidang dengan bantuan fasilitator iaitu pengetua-pengetua dari SMK St. Anthony, SMK Kai Chung, SMK Tinggi, dan SMK Sg Paoh.

Penutupan kursus dan penyampaian sijil penyertaan dan cenderamata telah disempurnakan oleh Tuan PPD Sarikei, Encik Mohd Kasim Bin Arbain.

Gambar-gambar sekitar program

Sesi ceramah oleh Pengetua SMK Luar Bandar, En. Tan Hock sang

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada En. Tan
Gambar-gambar sekitar Bengkel Kerja Berkumpulan









Ucapan penutupan oleh Yang Berbahagia Tuan PPD Sarikei, En. Mohd Kasim Arbain

MC En. Ng Meng Heong dan En. Abg Ismail Abg Mahmud

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada PK1 SMK Tinggi oleh tuan PPD.

Penyampaian cenderamata kenangan kepada Tuan PPD.

Bergambar kenang-kenangan bersama PPD dengan semua PK bahagian Sarikei

Bergambar kenang-kenangan bersama PPD dengan semua GK Bahagian Sarikei

Jamuan makan tengahari




Perhimpunan Akhir Tahun 2011 + Perpisahan Guru 2011 + Penyampaian Sijil Akademik + Mesyuarat Staf Akhir 2011

Satu perhimpunan akhir tahun 2011 telah diadakan di Dewan Besar SMK Tinggi Sarikei pada 11 November 2011. Perhimpunan ini bertujuan untuk menyampaikan amanat, nasihat dan maklumat penting dari Pengetua kepada semua pelajar dan guru-guru berkaitan dengan persediaan semasa dan selepas musim cuti sekolah ini.

Antara maklumat penting yang disampaikan pengetua
  1. Yuran sekolah pada tahun hadapan dimansuhkan, kecuali yuran PIBG dan yuran bangunan.
  2. 27 Disember 2011, Mesyuarat Staf Pertama sesi 2012, jam 7.30 pagi.
  3. 28 Disember 2011, semua pelajar melapor diri kembali ke sekolah pada jam 7.30 pagi. Satu pemeriksaan menyeluruh akan dilakukan untuk memastikan semua pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan (pakaian, kasut, rambut, kuku dan sebagainya)
  4. Pesanan untuk pelajar tingkatan 2 dan 4 untuk menduduki peperiksaan awam PMR dan SPM tahun hadapan
Tuan Pengetua, En. Vincent Liong memberi ucapan

Barisan guru.

Pelajar-pelajar SMK Tinggi Sarikei

Serentak dengan perhimpunan ini, pihak sekolah juga telah meraikan 2 orang guru SMK Tinggi yang akan berpindah sekolah bermula Januari 2012, iaitu cikgu Tang Hui Lee dan cikgu Anuar bin Mat. Jasa dan sumbangan 2 orang guru ini akan tetap dikenang dan selamat bertugas di sekolah baru.

Penyampaian Hadiah Perpisahan kepada En. Anuar Mat

Penyampaian Hadiah Perpisahan kepada Cik. Tan Hui Lee


Perhimpunan diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah galakan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 mengikut kelas yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan sekolah. Pihak sekolah juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua pelajar yang membuat persembahan semasa Majlis Sepanjang Jalan Kenangan 2011 yang berlangsung pada malam 10 November 2011. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat, mengharumkan nama sekolah.



Antara pelajar yang menerima sijil kecermelangaan
 
Akhir sekali, mesyuarat staf akhir tahun 2011 telah diadakan di Dewan Besar selepas perhimpunan dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, En. Vincent Liong dan dihadiri semua penolong kanan, kaunselor, ketua bidang, ketua panitia, guru-guru, dan staf-staf sokongan. Antara isi kandungan mesyuarat staf akhir tahun ini
  1. Sesi perkongsian dan laporan Panitia tahun 2011 serta cadangan penambahbaikan keperluan panitia dan sekolah pada sesi 2012 nanti oleh ketua-ketua panitia.
  2. Perkongsian dan laporan akademik tahun 2012 oleh Penolong Kanan 1, En. Ng Meng Heong
  3. Perkongsian dan laporan kokurikulum 2012 oleh Penolong Kanan Kokurikulum. En. William Wong
  4. Penyampaian cenderamata dan hadiah penghargaan kepada guru-guru dan staf sokongan yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang pada tahun ini. 
  5. Mengingatkan kepada semua guru-guru supaya menghantar LNPT dan Buku / Fail  Rancangan Mengajar tahun 2011 dan Kad LDP Biru guru  yang lengkap.
PK KK En. William Wong

Tuan Pengetua sedang mencatat maklumat dan cadangan dari guru-guru

Ketua Panitia BM memberi laporan tahunan.

Penyampaian hadiah penghargaan kepada guru-guru

Penyampaian hadiah kecermelangan kepada Cikgu Ling Leh Hieh.

Penyampaian hadiah kecermerlangan kepada En. Chien Hui Siong

Penyampaian hadiah kecemerlangan kepada Cikgu Wong Chung Mee

Pentadbir STS, PK1, En. Ng Meng Hiong, PKKK, En. William Wong dan Pengetua, En. Vincent Liong

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Anuar Mat